23 February 2017

MY SISTERS

salam sejahtera...

lama sangat rasanya tak update tentang kes barah payudara kakak saya...
alhamdulillah beliau telah selesai menjalani 4 cycle kimoterapi mengikut jadual dan sekarang berada di tahun ke 4 pengambilan Tamoxifen iaitu ubat yang digunakan untuk mencegah berlakunya relapse.

sehingga sekarang masih lagi dalam follow up hospital. ujian mammogram dan ct scan secara tahunan menunjukkan keputusan yang baik...tiada kesan kanser yang baru.

moga beliau berterusan berada dalam situasi ini dan bebas kanser sepenuhnya sehingga ke akhir hayat.


sebenarnya kakak sulung juga mengalami kanser payudara iaitu sebaik sahaja kakak yg ke 2 tadi selesai menjalani rawatan intensif.
kanser kakak sulung adalah dari jenis yang lebih agresif dan semasa pembedahan ia telah berada pada tahap 3.
beliau telah selesai menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 6 cycle. bagaimanapun terpaksa meninggalkan rawatan radioterapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. untuk rawatan lanjutan,tiada ubat/pil yang sesuai untuk beliau kerana sel kansernya adalah jenis Tripple Negative.

follow up terbaru pada bulan ini menunjukkan perkembangan yang baik. tiada sebarang tanda kemunculan sel kanser daripada ulangan mammogram dan ct scan......syukur alhamdulillah.
follow up beliau yang seterusnya adalah 6 bulan dari sekarang.



antara doa saya setiap hari adalah memohon agar Allah memberi kesembuhan sepenuhnya kepada mereka sehingga ke penghujung hayat.bukan mudah menghadapi rawatan-rawatan untuk kanser ini.sangat mencabar fizikal dan minda.
doa saya juga agar Allah memanjangkan usia dan memberikan kesihatan yang sempurna buat saya agar dapat terus menjaga mereka.

andai anda yang budiman membaca coretan ini, mohon sedikit ruang daripada kalian agar mendoakan perkara yang sama.

saya juga mendoakan agar anda semua dihindarkan daripada penyakit bahaya ini....
andai anda sedang mengalaminya, dapatkanlah rawatan yang sempurna.
kuatkan jiwa, tabahkan hati dalam menghadapi hari yang sukar ini. ramai yang berjaya menempuhnya, anda juga pasti boleh.



terimakasih untuk masa anda.



No comments: